Terma Perkhidmatan
Dikemas kini: 29/7/2026
1. Pengenalan
FixBisnes ialah alat diagnostik digital untuk usahawan Malaysia. Dengan guna laman ni, beli produk, atau langgan servis kami, kau setuju dengan terma di bawah.
2. Produk yang kami jual
Kami jual produk digital, iaitu report diagnostik bisnes, action plan, dan bahan digital lain. Semua produk dihantar melalui email dan/atau akses laman web.
- Bayaran sekali sahaja (one-time), tiada subscription.
- Akses kekal selama produk ni beroperasi.
- Content boleh diupdate dari masa ke masa untuk penambahbaikan.
3. Bayaran
Bayaran diproses melalui Stripe (kad Visa/Mastercard dan FPX). Semua harga dalam MYR. Selepas bayaran berjaya, akses full report akan diaktifkan secara automatik.
4. Refund
Sila rujuk Polisi Refund untuk maklumat lanjut.
5. Cadangan & keputusan bisnes
Report dan cadangan yang FixBisnes bagi adalah panduan umum berdasarkan jawapan kau. Ia bukan nasihat undang-undang, cukai, atau kewangan profesional. Kau bertanggungjawab penuh atas keputusan bisnes kau sendiri. FixBisnes tak liable untuk apa-apa kerugian bisnes akibat mengikut atau tak ikut cadangan dalam report.
6. Guna semula content
Content dalam report untuk guna peribadi kau je. Tak boleh jual balik, republish, atau kongsi dalam bentuk yang boleh menggantikan pembelian orang lain. Kau boleh guna template (contoh: quotation, brief) dalam bisnes kau tanpa had.
7. Akaun & keselamatan
Access token report kau rahsia. Jangan share link report kau, sebab sesiapa yang ada link boleh baca isi report.
8. Perubahan pada terma
Kami boleh update terma ni bila-bila. Perubahan besar akan diberitahu melalui email atau notis dalam laman.
9. Undang-undang
Terma ni tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
10. Hubungi kami
Sebarang soalan pasal terma, email azriwalter@walteruniversity.com.
