Polisi Refund

Dikemas kini: 29/7/2026

Ringkasan

FixBisnes menjual produk digital (report diagnostik, action plan, dan template). Sebaik sahaja pembayaran diproses dan akses full report diaktifkan, produk dikira telah dihantar sepenuhnya. Oleh sebab itu, semua jualan adalah muktamad dan tiada refund diberikan.

Kenapa no refund?

Produk digital tak boleh "dipulangkan" macam produk fizikal. Sebaik kau baca full report, content dah masuk kepala kau, dan kami tak boleh reverse benda tu. Model no-refund ni terpakai untuk kedua-dua Fix Report (RM67) dan Pro Report (RM147), supaya kami boleh kekalkan harga berpatutan tanpa naik harga untuk cover cost dispute.

Sebelum kau bayar

  • Baca preview free report yang kau dah dapat.
  • Semak apa yang kau akan dapat dalam Fix Report (RM67) atau Pro Report (RM147).
  • Kalau ada apa-apa keraguan, email azriwalter@walteruniversity.com dulu sebelum bayar.

Pengecualian

Kami boleh pertimbangkan refund hanya dalam kes-kes berikut:

  • Bayaran berganda (duplicate charge) disebabkan bug teknikal — bayaran kedua akan direfund penuh.
  • Bayaran tak diauthorize (contoh: kad kena curi). Sila lapor pada bank kau serentak.
  • Full report tak boleh diakses selama lebih 7 hari selepas bayaran akibat masalah teknikal dari pihak kami yang tak dapat dibaiki.

Cara mohon refund

Kalau kau rasa kes kau layak di bawah pengecualian di atas, email azriwalter@walteruniversity.com dalam 7 hari selepas bayaran, dengan:

  • Email yang kau guna masa bayar.
  • Tarikh & masa transaksi.
  • Sebab permohonan (dan screenshot bug kalau ada).

Kami akan reply dalam 3 hari bekerja. Refund yang diluluskan akan diproses melalui Stripe balik ke kad/akaun asal dalam 5-10 hari bekerja.

Chargeback

Sebelum failkan chargeback dengan bank kau, sila hubungi kami dulu — 90% masalah boleh diselesaikan terus. Chargeback yang difailkan tanpa cuba selesaikan dulu boleh mengakibatkan akses kau ke produk FixBisnes dibatalkan.

Hubungi kami

Email: azriwalter@walteruniversity.com